Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Cikgu Hindon
Terima kasih. Sila datang lagi

Saturday, 1 September 2012

Hari Pertama Belajar

belajar membuat blog sendiri
belajar untuk penilaian diri

Belajar melalui pengalaman dan cuba jaya.
bersama kesabaran yang ada.
Insyaallah kejayaan akan tercipta.

Marilah  belajar bersama-sama
dalam apa jua perkara
kerana belajar tidak mengenal usia .

belajar sepanjang masa, selagi hayat masih ada.
Jom kita belajar Bahasa Melayu.

Pantun Melayu Indah Bahasanya

 Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara


Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil Galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.